Thursday, October 8, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Sebagai memenuhi keperluan Bulan Bahasa Kebangsaan, Panitia Bahasa Malaysia SMK Raja Ali telah merancang beberapa aktiviti seperti pertandingan pidato, bacaan puisi, bercerita dan debat antara kelas.

Bagi pelajar sesi petang, panitia telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan bercerita dan bacaan puisi iaitu sajak, pantun dan syair. Kepada murid-murid yang berminat, sila serahkan nama dan tingkatan kepada guru Bahasa Malaysia masing-masing sebelum 18 Oktober 2009.

Terima kasih.

Tuesday, October 6, 2009

KETUA KAMI





Inilah ketua kami...
Bukan satu tapi beribu
Bukan sementara tapi selamanya

Bukan untuk dimusuhi tapi disayangi
Bukan untuk dilupai tapi diingati
Bukan hanya di sini tapi di mana-mana
Bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa....

Semoga hubungan ini tetap terjalin walaupun terpisah.


Friday, October 2, 2009

ungkapan keramat

PANITIA BM SEMERA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon PMR,SPM, dan STPM 2009. Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang.


jika kau fikirkan kau boleh,
kau pasti boleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu-ragu,
usahamu tidak menentu.

SELAMAT MAJU JAYA!

ungkapan keramat












Panitia BM SEMERA mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR,SPM, dan STPM 2009 yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini.
Semoga para pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Jika kau fikirkan kau boleh
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu
usahamu tidak menentu
SELAMAT MAJU JAYA!